Komik antara medium seni termoden, malah lebih lambat lahir berbanding filem dan photobook. Ada suatu ketika sebelum menulis Brazil saya banyak baca novel grafik seperti Watchmen, V for Vendetta, Saga of the Swamp Thing (sangat puitis), Animal Man, All Star Superman dan beberapa lagi. Selepas itu saya baca enam jilid Akira. Saya pernah rajin ke Kinokuniya untuk belek Persepolis dan komik-komik lain. Di rumah sedang baca Seraphim: 266613336 Wings. Dan di masa depan tertarik untuk belek Here oleh Richard McGuire. Sewaktu sekolah menengah saya rajin ke kedai komik. Saya masih simpan newsprint Comic Shop News yang diambil secara free.
– Ridhwan Saidi