Etsetera: poetry zines & rarities

Zine dalam skala terhad dikeluarkan Ridhwan bila waktu senggang dan ringan tulang (yang kini hampir semua sudah sold out dan out of print):

Rio Ranggi Baby menghimpunkan 3 zine iaitu Shock in Rio, Ranggi Metropolis dan Baby Rina Blue. Shock in Rio merupakan foto-foto sewaktu malam kekalahan Brazil pada FIFA World Cup 2014 di Copacabana. Ranggi Metropolis pula merupakan jejak foto dari teks nota Meraba Wajah Ibu Kota, 1972 oleh Latiff Mohidin. Limited Copy, RM30 HABIS

69 Cara Melarikan Isteri Jiran terinspirasi dari salah satu petikan kata-kata Frank Swettenham dalam Malay Sketches (1921) lalu menjadi siri 69 mikrofiksyen. Zine ini dicetak terhad sebanyak 69 naskah sahaja. Limited Copy, RM5 HABIS

Vignet menghimpunkan teks dan siri foto potret Eksotikata dan KL Unposed. Muka surat terakhir zine ini turut disertakan sekali catakan foto rambang yang telah dirakam Ridhwan di atas kertas foto Fuji. Limited Copy, RM5 HABIS

Sajak.zip, Kosmik Domestik, Spektrum, Neopantun, Vortex, Kerosin dan Nektar merupakan siri zine Ridhwan sebelum ia dikompilasikan menjadi Holokos. Limited Copy, RM7, RM8, RM8, RM6, RM7, RM7, RM7 HABIS

Pameran Solo Amatur (Dalam Skala Domestik) ini telah berlangsung sewaktu Ridhwan berjinak-jinak dengan lukisan cat minyak selain telah memasuki rumah baru yang masih kosong. Dengan situasi ini—sebelum diisi perabot-perabot rumah—dinding-dinding digunakan untuk mempamerkan beberapa siri karya amatur Ridhwan. Zine ini yang terkandung esei dan katalog pameran telah diberikan secara gratis kepada pengunjung. Limited Copy, OUT OF PRINT

Tentang Buku dan Penulisan, Arthur Schopenhauer terjemahan Ridhwan Saidi. Limited copies, RM6 HABIS