Autopotret ialah siri kelas rakam foto medium format, garap sajak, cuci filem analog, imbas dan lalu bikin zine. Penekanan diberikan terhadap flow pembikinan dari mula hingga akhir—pengalaman. Proses ini persis permainan di mana setiap individu akan dipotretkan oleh orang di sebelah kiri dan kanan (samada kenal atau tidak) melalui tulisan dan foto. Foto dan tulisan hasil pemberian kedua orang yang mengapit ini akan diberi sentuhan akhir oleh pemilik tubuh potret tersebut maka jadilah ia autopotret. Setakat ini kelas Autopotret telah dijalankan sebanyak 2 kali dengan mahar sebanyak RM50.
Xerox version. Limited copy
RM3 OUT OF PRINT