ENSEMBEL TEATER KAOS NOL is an open collective established by Ridhwan Saidi for theatre-making or art and theatre related activism by organising book reading and discussion, art and theatre related activity based in Kuala Lumpur.





Ensembel Teater Kaos Nol ialah kolektif terbuka yang ditubuhkan Ridhwan Saidi bagi kerja-kerja pembikinan teater dan seni, seperti perbincangan buku, pesta keramaian dan aktiviti-aktiviti berjemaah lain, yang berpangkalan di Kuala Lumpur/Selangor.
Dalam mengarah teater meskipun skrip ialah pemalar, tetapi apabila ia dikombinasikan dengan pembolehubah berbentuk pelakon dan ruang, setiap sesi pengarahan akan mempunyai dinamik berbeza.
Selain itu, hubungkait antara mereka yang berada di hadapan dan belakang tabir juga lebih cair dalam erti kata mereka yang jadi belakang tabir di satu projek menjadi performer di projek lain, dan sebaliknya. Keseimbangan depan–belakang ini biasanya terzahir secara simetri kuantitinya (contohnya dalam Teater Normcore: Double Bill, ada 4 orang di depan dan 4 orang di belakang tabir).
Ensembel Teater Kaos Nol mengelak dari mengikut acuan konvensional ‘theatre company’ dan lebih akrab dan organik dengan semangat ‘open collective’ dengan kehadiran frequent collaborator. Ia bukan tentang keahlian atau komitmen tetap, tetapi pabila semangat dan tenaga datang, kita bertemu dan bergabung bagi menggerakkan satu-satu projek dengan seluruh hati dan perasaan. Setakat ini tanpa physical space, Ensembel Teater Kaos Nol ialah jisim-jisim nomad.
Berikut merupakan foto-foto berkumpulan pra/pasca/semasa projek-projek pementasan (secara kronologi) dan juga yang berskala pesta sebagai bahan kenang-kenangan serta rujukan masa depan. Untuk maklumat yang lebih komprehensif, boleh klik pada gambar dan judul.
Dalam kenangan Nornatasha Hazel (al-Fatihah).
Past performances:

1. Teater Normcore: Double Bill at RAW Art Space, a staging of two one-act plays: Tiada Cinta Selama Muda (No Love for the Young) and Matinya Seorang Birokrat (Death of a Bureaucrat), 9-11 February 2018. Durasi 70 minit dengan sari kata Inggeris. Debut pengarahan teater dalam skala penuh di sebuah galeri di ibukota. Ensembel Teater Kaos Nol bermula di sini. Dari poin ini ke belakang, Teater Modular menjadi sesi pembelajaran buat penulis sebelum berani membikin. Performers: Amirul Syakir, Adena Sams, Mia Sabrina Mahadir dan Roshafiq Roslee. English translation for surtitles: Alfian Sa’at. Surtitle handler: Nurul Aizam. Lighting: Amirul Rahman. Front of house: Ani Aziz. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

2. Hotel Berdarah (Bloody Hotel) in Teater Modular [set 3] at KongsiKL, 4-8 April 2018. Salah satu dari empat playlet yang dipentaskan. Durasi 30 minit dengan sari kata Inggeris. Performer: Rashid Akhmal, Tasha K., Shamnirul, Azman Rashid, Irfan Aziz dan Shasha Fairus. Sebuah playlet dengan dua orang memegang watak Dato’ secara bergilir-gilir. English translation for surtitles: Alfian Sa’at. Surtitle handler: Nurul Aizam. Sound design: Joni Atari. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

3. Pengantin, Freestyle! at Yayasan Sime Darby Arts Festival 2018, KLPAC, 18-19 August 2018. Durasi 23 minit. Pertama kali mengarah playlet di kawasan lapang dan terbuka; hari pertama mendung, hari kedua panas. Performers: Roshafiq Roslee, Ani Aziz, Shon Anwar, Nyna Roslan dan Nurul Aizam. Video documentation: Amirul Rahman. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

4. Teater Normcore: Stereo Genmai at Kotak@Five Arts Centre, TTDI, 19-21 October 2018. Durasi 80 minit. Teater pertama dalam skala penuh, dan pertama kali mengarah di dalam black box. Performers: Ani Aziz, Nyna Roslan, Hannan Barakbah dan Sandee Chew. Belakang tabir: Nurul Aizam, Tan Cher Kian, Amirul Rahman, Fara Kafli dan Rashid Akhmal. Dalam pementasan ini Nurul Aizam turut menjadi suara via loudhailer selain bersama Fara Kafli menjadi korus untuk amplify secara manual adegan terakhir. Ini contoh kecairan performativity di mana sempadan antara depan dan belakang tabir tidak rigid seperti hubungan profesional aktor-teknikal kebiasaan. Producer: Nurul Aizam. Co-producer: Tan Cher Kian. Video documentation: Amirul Rahman. Projection handler: Fara Kafli. Lighting: Rashid Akhmal. Sound design: Joni Atari. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

5. Pesta Playlet 2019 at KongsiKL, 3-4 May 2019. Durasi 2 hari. Pesta pertama yang digarap bersama ramai kolaborator, panelis dan performer. Jika konvensi teater memerlukan audien beli tiket, dengan pesta playlet ia sebentuk amal jariah yang menawarkan bengkel (dengan sedikit bayaran komitmen), pameran, forum dan persembahan percuma dan terbuka buat rakyat jelata. Kurator bersama: Hannan Barakbah, Azrin Fauzi, Nurul Aizam dan Ridhwan Saidi. Belakang tabir antaranya Amirul Rahman, Tan Cher Kian dan Sam Victor. Performers (untuk piece bawah Ensembel Teater Kaos Nol iaitu Teater Modular Reading Session, Kisah Lelaki yang Dapat Pencerahan Setelah Kasutnya Dicuri di Masjid pada Suatu Petang, Laut Api: hikayat_hang_tuah.zip, Logamaya dan Touched With Fire): Lew Shu Ni, Tasha K., Mia Sabrina Mahadir, Rashid Akhmal, Tan Cher Kian, Farez Najid, Roshafiq Roslee, Nyna Roslan, Sadiq M. Jamil, Mucky, Azrin Fauzi, Amirul Rahman, dan Shamnirul.

6. Teater Normcore: Double Bill at George Town Festival 2019, a staging of two one-act plays: Retak Menanti Belah (Cracking, Splitting) and Matinya Seorang Birokrat (Death of a Bureaucrat), Bangunan U.A.B., 23-24 July 2019. Durasi 70 minit dengan sari kata Inggeris. Salah satu play merupakan direction kali kedua, tetapi ia menjadi berbeza apabila kombinasi pelakonnya berbeza ditambah pula di ruang yang berbeza. Pementasan pertama di luar Lembah Klang. Performers: Rashid Akhmal, Ani Aziz, Mia Sabrina Mahadir dan Tasha K. Belakang tabir: Amirul Rahman, Tan Cher Kian, Nurul Aizam dan Ridhwan Saidi.

7. Teater Normcore: Hamlet Fansuri X Port25 X Kicau Bilau at PortCommune, Petaling Jaya, 23-25 August 2019. Durasi 80 minit. Teks terjemahan pertama yang dipentaskan dengan dua bahagian: Ophilia Maldoror dan Hamlet Fansuri. Performers: Roshafiq Roslee, Shon Anwar, Nyna Roslan, Rashid Akhmal, Mira Romanli, Tasha K., Lew Shu Ni dan Nurul Aizam. Live music: Kicau Bilau. Muzik penamat: Joni Atari. Terjemahan (Hamlet William Shakespeare, Maldoror Comte de Lautréamont & Hamletmachine Heiner Müller) oleh Ridhwan Saidi. Direction: Ridhwan Saidi.

8. Teater Normcore: Stereo Genmai at Urbanscapes 2019 as part of Teater : Theatre @ URBN.SENI double bill. Durasi 50 minit dengan sari kata Inggeris. Tidak seperti pementasan penuh terdahulu di tahun 2018, kali ini ia merupakan sebahagian daripada double bill, maka suatu pemadatan perlu dibuat. Struktur cerita difragmenkan dengan ruang-ruang di antaranya menjadi sesi soal jawab bersama penulis naskah. Lapisan metafiksyen dibuka ke lapisan realiti. Distancing effect ini walau bagaimanapun digunakan agar kita lebih meyakini kewujudan alam fiksyen dan advencer yang dilalui karakter bernama K.M. Raslan. Performers: Ani Aziz, Hannan Barakbah, Tasha K. dan Mira Romanli. Projection handler: Rashid Akhmal. English surtitle handler/live typing: Ridhwan Saidi. English translation for surtitles: Moka Mocha Ink. Sound design: Joni Atari. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

9. Teater Normcore: Masam Manis at KongsiKL, 12-15 March 2020. Durasi 70 minit dengan sari kata Inggeris. Diinspirasi filem Masam-Masam Manis (1965) oleh P. Ramlee, latar jiran yang tidak saling kenal ini dibawa ke hubungan kontemporari hari ini di mana teknologi dan app cari jodoh sudah intrude ke dalam hubungan percintaan di kalangan manusia. Jika dahulu kala perkahwinan diatur keluarga, hari ini percintaan diatur oleh pemilik tubuh dalam memenuhi jangkaan dan ilusi yang serupa. Performers: Sadiq M. Jamil, Lew Shu Ni dan Mia Sabrina Mahadir. Producer: Nurul Aizam. Belakang Tabir: Tasha K., M. Fariq, Rashid Akhmal, Tan Cher Kian. Video documentation: Amirul Rahman. English translation for surtitles: Moka Mocha Ink. Sound design: Joni Atari. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

10. Playlet Nadi sempena #pestateaterruncit di youtube Fakulti Teater Aswara, 20-22 Ogos 2021. Durasi 10 minit, teater yang dirakam bagi persembahan virtual. Dua watak seorang doktor dan seorang pujangga bertemu bagi membincangkan tentang seni dan sains, serta aplikasinya di dalam kehidupan manusia. Performers: Hannan Barakbah dan Meier Wee (Lew Shu Ni). Belakang tabir: Nurul Aizam dan Ridhwan Saidi.

11. Jatuh Sakit, Jatuh Cinta: Two Types of Falling at DPAC, Damansara Perdana as part of Harapan Di Hadapan 1.1, 7-9 January 2022. Durasi 20 minit. Kompleksiti hubungan di antara manusia dan graviti diteroka secara kata-kata, gerak tubuh, bunyi mesin sintesis dan rakaman, serta pancaran imej dan teks. Untuk jatuh, untuk sakit, demi cinta. Performers: Roshafiq Roslee (Rahim Mustafa—words), Lim Paik Yin (Semangat Memori—movements) dan Nurul Aizam (Semangat Pentas—soundscape). Video documentation: Amirul Rahman. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.

12. Bengkel Normcore: Karaoke Medea as part of Kongsi School at KongsiKL, 23 & 24 December 2022. Durasi 65 minit. Wokshop 3 bulan di KongsiKL untuk bertemu sekali setiap minggu. Participants/performers: Daphne Lee, Archana Pillai; Actors: Sandee Chew (Medea), Rashid Akhmal (Jason); Chorus/Karaoke/Sharing/Performers: Nurul Aizam, Mah Jun Yi, Sandee Chew, Rashid Akhmal, Daphnee Lee, Archana Pillai; Set design: Liew Chee Heai; Screen performance: Ani Aziz, Lim Paik Yin, Nurul Aizam, Rashid Akhmal. Photo documentation: Amirul Rahman. Facilitator, translator (Medea by Euripides), conception, direction: Ridhwan Saidi

13. Teater Normcore: Tahun-Tahun Seorang Novelis at DPAC, 23 December 2022. Durasi 85 minit. Performers: Adena Sams, Archana Pillai, Meier Wee, Lee Qi, Roshafiq Roslee, Sadiq M. Jamil. English translation for surtitles: Daphne Lee. Front of house: Ani Aziz. Live English/Malay translation: Tan Cher Kian. Lighting: Sandee Chew. Surtitle handler: Rashid Akhmal. Scenography: Ridhwan Saidi. Sound design: Joni Atari. Choreography: Lim Paik Yin. Dramaturgy: Sandee Chew. Producer: Nurul Aizam. Tulisan dan arahan Ridhwan Saidi.
Work in progress:
Teater Normcore: Odisi Romansa (all out kata-kata)
Teater Normcore: Malam Elektrik (all out movements)
Ridhwan Saidi
P/s: Entri ini akan di-update dari semasa ke semasa.