Selamat!

Moka Mocha Ink diasaskan dan digerakkan oleh Ridhwan Saidi dan Nurul Aizam dalam skala rumah, sifar aspirasi korporat, dan fokus menerbitkan siri novela oleh penulis-penulis kontemporari tanah air dengan nuansa pekat literatur.

Moka pot menjadi buah tangan Ridhwan sekembalinya dari Amerika dan pengalaman ini ada tercatit di dalam buku terbitan pertama kami iaitu Amerika. Mocha pula yang berima dengan moka, memberi idea bahawa penerbitan kami ini dakwat hasil kombinasi: serius kopi dan fun koko. Itu je.

Rorschach Ink pula imprint zine-zine (dan malah photobook) dengan estetik fotokopi atau cetak rumah. Siri yang masih berjalan ialah litzin Kerja Tangan.

Selain bahan bercetak, kami juga turut giat meneroka kaedah dan medium lain seperti filem, muzik, arsitektur dan teater (Teater Modular dan Teater Normcore) yang sentiasa tidak asing dengan literatur.

Ensembel Teater Kaos Nol ialah kolektif terbuka yang ditubuhkan Ridhwan Saidi bagi kerja-kerja pembikinan teater dan seni, seperti perbincangan buku, pesta keramaian dan aktiviti-aktiviti berjemaah lain, yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Laman web ini lebih kepada katalog dan dokumentasi produk/werk yang telah kami hasilkan dengan darah dan peluh. Hubungi kami di mokamochaink at gmail dot com atau klik pada pautan facebook, twitter dan instagram di hujung bawah. Terima kasih!

aizam ridhwan

Moka Mocha Ink was founded and is run by Ridhwan Saidi and Nurul Aizam domestically, zero corporate aspiration, and has a focus on publishing series of novellas by local contemporary writers with heavy literary nuances.

A moka pot was a souvenir Ridhwan had bought from his trip to the U.S. and his journey there is written in our first publication, Amerika. Mocha which rhymes with moka gives an idea that our publication is the combination of the seriousness of coffee and the fun in cocoa.

Rorschach Ink is an imprint for zines (and even photobook) with the aesthetic of copier machine or home printing. Series that is still running is literary zine Kerja Tangan.

Beside print materials, we are also prolifically adventuring different methods and medium such as theatre and performance-making through Teater Modular and Teater Normcore series.

Ensembel Teater Kaos Nol is an open collective established by Ridhwan Saidi for theatre-making or art and theatre related activism by organising book reading and discussion, art and theatre related activity based in Kuala Lumpur.

This website is more of a catalogue and documentation of works/products that we produced with blood and sweat. Contact us via mokamochaink at gmail dot com or click the facebook, twitter and instagram button at the bottom. Thank you!