Joni Atari

Joni Atari ialah projek muzik/moniker yang diselenggara no-fi dalam memberi kesan bunyi-bunyian terhadap alam novel dan sajak terbitan Moka Mocha Ink. Aspirasi Joni Atari lebih terarah kepada drama radio dan audiobook daripada muzik masuk carta. Inspirasi Joni Atari antaranya muzik downtempo Dante Carfagna (yang diberi homaj dalam novel Amerika), humor dan warmth listrik Telex, kegelapan album The Virgin Suicides oleh Air (yang menjadi muzik latar Ridhwan sepanjang proses menulis Mautopia) dan sentuhan experimental negeri matari terbit dari Masaki Kobayashi hingga ke Kashiwa Daisuke antaranya.

Selain rakaman rumah, Joni Atari juga perform set live tetapi tidak berseorangan, ia terbuka bagi kolaborasi. Untuk versi live Joni Atari masih sebuah projek muzik tanpa nyanyian yang memainkan bunyi ambien dan runut hingar selain disulami bacaan sajak dan spoken word. Joni Atari digerakkan Ridhwan Saidi (analog synth, sampler, gitar) dan setakat ini sudah berkolaborasi dengan Nurul Aizam (fm synth, pedal fx, suara), Amir Hamzah (bass, synth fx), Nana (suara), Sijasad Bersiong (suara, harmonika), Goh Lee Kwang (pre-record sound), Fasyali Fadzly (rebab), Fariq (suara), Mohd Azmen (drum), Azizan Afi (midi controller) dan rakan-rakan spoken words. Mungkin lepas ini anda?

Ridhwan Saidi pengarang kepada tujuh buku fiksyen dan satu buku puisi yang menjadi sumber utama bacaan bagi Joni Atari. Nurul Aizam ialah editor Moka Mocha Ink. Amir Hamzah pernah main bass dan gitar bagi kugiran kelas pekerja seperti The Official dan The Aggrobeats. Nana pula aktivis spoken word. Sijasad Bersiong merupakan penyajak dan co-founder Terbitan Langit. Fasyali Fadzly ialah pensyarah dan pengamal teater antaranya. Mohd Azmen ialah penulis novela Polaroid dan Wiski Pop.