Drama Kilat

drama kilat COVER

Rakaman penuh siri Drama Kilat yang digarap segar sewaktu awal terjadinya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada akhir Mac 2020 hingga awal April 2020. Proses ini berlaku di mana meskipun secara fizikal masing-masing terasing, tetapi dengan medium suara, ia seolah beri kita suatu alam fiksyen di mana seolah karakter-karater ini hidup di dalam dimensi audio yang sama. Setiap pembaca akan menghantar rakaman suara mereka tanpa arahan spesifik. Satu-satunya arahan adalah untuk rakam 5 saat sebelum dan selepas bercakap, bagi memudahkan proses noise reduction. Setiap file yang diterima beraneka ragam: ada yang mono, ada yang stereo.

Jika sebelum ini bunyi yang direka digunakan bagi persembahan langsung, Drama Kilat merupakan kerja berlawanan di mana bunyi direka bagi setiap suara yang diterima. Maka dengan itu setiap rekaan bunyi juga hadir dalam pelbagai ragam. Rata-rata bunyinya ambien dalam memberikan gambaran imaginasi tentang ruang, tetapi ada juga yang bermelodi dalam memberi perasaan, manakala ada bahagian yang berstruktur dengan rentak bass dan drum untuk beri getar debaran, dan ada yang berupa rekaan foley seakan ia sebuah pengalaman sinematik.

Setiap episod berdurasi kurang dari 1 minit. Episod 1-10 merupakan ajakan langsung Kaos Nol, manakala bagi episod 11-12 ia berupa panggilan terbuka. Episod 13 menjadi epilog. Naratifnya bebas tetapi masih berlegar dengan perasaan di sewaktu PKP itu antaranya kerinduan, perihal hubungan, kebersihan diri dan keinginan untuk bersama. Ada yang bermain dengan plot, ada yang bermain dengan bunyi dan kata-kata, dan ada yang bermain dengan lanskap imaginasi.

Semua naskhah ditulis oleh Ridhwan Saidi, dengan selingan pantun tradisional di antaranya. Mixing dan rekaan bunyi oleh Joni Atari, rata-rata dengan mesin sintesis dan field recording atas talian. Artwork kulit oleh Ilham Sani.

KORIDOR KOSONG dibaca oleh Nurul Aizam & Ridhwan Saidi
SANS VIDEO dibaca oleh Sadiq M. Jamil & Lew Shu Ni
PENTAS GELAP dibaca oleh Ani Aziz
TANGAN SUCI dibaca oleh Nyna Roslan & Rashid Akhmal
CINTA RADIO dibaca oleh Roshafiq Roslee & Mira Romanli
MENYENTUHMU dibaca oleh Mia Sabrina Mahadir & Ani Aziz
DIA TIADA dibaca oleh Irfan Aziz
EMOSI ELEKTRONIK dibaca oleh Hannan Barakbah
LANDASAN CAHAYA dibaca oleh Adena Sams
ALAM ROH dibaca oleh Hazel Khairuddin & Sandee Chew
TERASING dibaca oleh Fara Kafli & Syahzrin Zainurin
KUPON SARAPAN dibaca oleh Syaza Ramli & Fara Kafli
PASCA KATA dibaca oleh Theyvapaalan S Jayaratnam & Nurul Aizam