Penghasilan novel tidak boleh dirancang kerana ia persis ‘novelty’ itu sendiri, mesti baru, asli dan aneh. Sesuatu yang baru, asli dan aneh tidak boleh dirancang. Meski saya ada guna elemen merancang, tetapi ia amat kecil berbanding hal-hal lain yang lebih utama iaitu kebolehan untuk menulis itu sendiri. Saya lebih gusar perlu membolehkan diri saya untuk menulis terlebih dahulu, daripada memikirkan sebarang rancangan untuk menulis.
Apa pun, proses penghasilan novel memerlukan energi. Dan energi ini perlu dikumpul. Dalam domain teater dewasa ini, ia membuka saya kepada ilmu dan pengetahuan baru yang dikongsi Artaud, Grotowski, Müller, Brecht, Peter Brook dan ramai lagi yang belum saya terokai. Andai saya akan menulis novel, adakah ia akan berlegar di sekitar tarik nasib seorang aktor sebagai protagonis?
– Ridhwan Saidi