Sesi Fikirasa

It began with three live-streamed fikirasa sessions held alongside Buka Arkib, featuring three Teater Normcore videos that were made available online for a week during the lockdown. This opened discussions across at least two layers of performance: the original stage productions and the edited video recordings. The videos served as evidence and as memory outside the self, preventing the ephemerality of the stage from being mythologized. / Ia bermula dengan tiga sesi fikirasa diaksikan secara langsung selari dengan Buka Arkib iaitu tiga video Teater Normcore yang boleh ditonton secara percuma secara online selama seminggu di kala PKP. Ini membolehkan perbincangan melalui sekurang-kurangnya dua lapisan performans, iaitu sewaktu hari pementasan, dan rakaman video yang sudah di-edit. Video menjadi bukti, dan memori di luar diri, agar hari pementasan yang ephemeral tidak dimitoskan.

The conversations revolved around revisiting and recalling the creative process, reflecting on the live shows, and sharing individual interpretations and impressions of the experience, along with scattered trivia and attempts to articulate what had remained unspoken. Buka Arkib thus became a thorough exploration of live performance, video-making, and archiving. / Perbincangan bertitik tolak dalam menekuni dan mengingati proses pembuatannya, selain sewaktu ketika pementasan, dan juga intepretasi dan tanggapan masing-masing terhadap apa yang dialami, selain trivia-trivia rambang dan usaha mengartikulasi apa yang terpendam di dalam. Lalu Buka Arkib dibincang secara menyeluruh berlegar seputar live performance, video making dan archiving.

These sessions may continue to grow into other artistic terrains such as cinema and literature, enriching the atmosphere of virtual conversation and intellectual reflection—interwoven with smiles and laughter, full of thought and full of feeling. / Sesi ini barangkali akan terus berkembang ke daerah-daerah seni lain seperti sinema dan sastra, dalam menyemarakkan suasana perbualan virtual dan renungan intelektual yang diselangi senyum dan gelak tawa, penuh fikir penuh rasa.

SESI FIKIRASA: Filpen Binfilem. Secara langsung pada 12 Jun 2020, jam 9 malam. Bersama Daniyal Kadir, Bebbra Mailin, Ali Aiman Mazwin, Arian Md Zahari dan Ridhwan Saidi.

SESI FIKIRASA: Buka Arkib. Secara langsung pada 5 Jun 2020, jam 9 malam. Bersama Amirul Rahman, Yusof Bakar, Lim Paik Yin, Low Pey Sien dan Ridhwan Saidi.

SESI FIKIRASA: Masam Manis. Secara langsung pada 27 Mei 2020, jam 9 malam. Dikendali Azrin Fauzi, bersama Lew Shu Ni, Ridhwan Saidi, Sadiq M. Jamil dan Mia Sabrina Mahadir.

SESI FIKIRASA: Hamlet Fansuri. Secara langsung pada 19 Mei 2020, jam 10 malam. Dikendali Lee Kylie, bersama Ridhwan Saidi, Tasha K., Shamnirul, Rashid Akhmal, Roshafiq Roslee dan Jihan dari Kicau Bilau.

SESI FIKIRASA: Stereo Genmai. Secara langsung pada 13 Mei 2020, jam 10 malam. Dikendali Tan Cher Kian, bersama Ani Aziz, Sandee Chew, Ridhwan Saidi, Nyna Roslan dan Hannan Barakbah.