Kerja Tangan isu 9

IMG_6550

INTERVIU Gazali Ramli

oleh Ridhwan Saidi

Gazali Ramli atau juga dikenali sebagai Saudagar Garam merupakan junior saya semasa menuntut pengajian arsitektur di Perak, penggerak Gobok Buku, Johor Bahru dan ketika interviu ini dijalankan beliau aktif sebagai stand-up comedian. Sewaktu di Perak saya meminjam kaset album Kembara darinya selama satu atau dua semester tanpa ada niat untuk memulangkannya, kerana ia sudah melekat di dalam radio kereta saya dan saya seronok sekali mendengar ketika memandu ke Ipoh atau Taman Maju. Kaset itu walau bagaimanapun akhirnya dipulangkan.

Sebelum interviu ini berlangsung, beliau juga bersama teman-teman di JB telah mengadakan tayangan retrospektif filpen saya di Panggong Punggok. Semasa dalam perjalanan di dalam keretanya menuju Embrace Hall (di mana tayangan diadakan), terdapat sangkar kucing dan bila ditanya, katanya kucingnya telah dua hari hilang dan setiap pagi dan malam dia akan ke pasar untuk mencari kucingnya. Selain itu kami turut membuatkan perihal orang Jerman yang seakan robotik persis kugiran Kraftwerk dan saya tertanya stand-up comedy yang bagaimana ada di Jerman. Berikut merupakan interviu kami yang berlangsung di laman sosial:

RIDHWAN

Boleh cerita sikit apa pendapat tentang humor? terutama di Malaysia. Dan ada tak kisah waktu kecil atau sekolah yang dah nampakkan bibit-bibit suatu hari nanti akan buat stand-up comedy?

GAZALI

Pendapat tentang humor di Malaysia. Humor lately nampak makin matang, serentak pasal orang mula terima stand-up comedy. Dulu bukan tak ada, in fact humor sentiasa ada dah. Cuma dia evolve rasanya. Apa yang kelakar masa tahun 90an maybe tak kelakar dah hari ni. Maybe juga humor sekarang lebih letup berbanding sebelum ni pasal sekarang orang lebih tension compared to dulu. Sekarang org dah sanggup spend duit untuk gelak, sebab tu demand untuk tahap humor pun makin meningkat. Pasal sekarang orang sanggup bayar untuk humor yang berkualiti. Maybe dulu lawak slapstik, buat-buat jadi pondan, buat-buat jadi budak terencat, buat-buat jadi budak kecik masih boleh orang pertimbangkan. Tapi sekarang penonton lebih nak tengok content rasanya dari tengok pelawak buat benda gitu.

Kisah waktu kecik yg menampakkan akan buat stand-up comedy… Takde yg ketara sangat rasanya. Aku memang (suka buat) kelakar. Cuma basic humor aku sendiri pun based maybe dari writing. Pasal aku sendiri pun memang suka membaca dan aku suka menulis benda yang aku rasa kelakar. Itu kelemahan aku sebagai stand-up comedian juga sebenarnya. Pasal most of material aku based dari writing, jadi cara aku lebih dekat kepada storytelling daripada stand-up comedy. Aku akan lay out foundation cerita aku, then build up story, sampai nak finishes baru ada punchline. Ada yang kata stail tu lambat nak sampai punchline. Maybe aku kena belajar lebih lagi.

RIDHWAN

Humor dulu tu adakah bermaksud era 80an atau 90an? atau sejak Malaysia ada lebih kurang 60an, 70an dulu?

GAZALI

Humor dulu yang maksudkan yang mana tu ya? Perenggan yang mana?

RIDHWAN

Perenggan pertama (dalam transkrip asal 3 & 4).

GAZALI

Pasal pada aku humor pun macam beauty, dia evolve.

RIDHWAN

Faham, jadi sekarang humornya lebih intelek macam tu? Dan kurang fizikal.

GAZALI

Orang sekarang lebih tension… lawak macam gaya tubuh tak cukup nak hilangkan tension diorang… agaknya.

Fokus audience sekarang lebih kepada story and content. Yup, maybe kurang fizikal… tapi body language masih ada peranan juga bila performing on stage. Cuma sekarang memang content yang biasanya ditunggu. Sketch pun perlu bijak dah sekarang ni.

RIDHWAN

Boleh kupas sedikit tentang ‘foundation cerita’ tadi? Dari mana cerita ni datang? Biasanya khayalan atau pemerhatian atau ada unsur lain?

GAZALI

Dari mana cerita datang kalau kes aku biasanya pemerhatian seharian rasanya. Pasal aku quite playful dan kadang banyak berangan. Biasanya punchline atau joke-nya aku dah ada,tapi disebabkan aku suka bercerita aku akan bagi audience the whole story punya suasana. Aku bagi situation dia, aku bawak audience ke situasi tu. Macam dalam writing.

Kadang kadang tak perlu pun, boleh je bagi punchline terus tanpa ceritakan situasi. Cuma aku memang suka menulis. Most of aku punya story dan material adalah tokok tambah dari punchline tu biasanya. Kadang aku ambil dari perbualan orang keliling yang aku saja kritik.

RIDHWAN

Ada rujukan atau minat mana-mana komedian terdahulu atau luar negeri? Atau siapa inspirasi terdekat dalam dunia komedi berdiri ini?

GAZALI

Maaf, tadi keluar makan jap. Okeh untuk menjawab soalan influence antaranya adalah Louis C. L., Dane Cook, Kevin Hart, Mitch Patel. Tapi semuanya aku suka for different reasons. Macam untuk material aku suka Dane Cook. Untuk penyampaian aku suka Louis C. K. dan Mitch Patel (pasal aku tak cukup confidence untuk perform secara energetic). Diorang cukup relax dan santai and totally win dengan material aje. Kevin Hart pula aku suka dia punya ability untuk tak peduli.

RIDHWAN

Tak peduli bagaimana tu?

GAZALI

Pasal dia guna diri dia sendiri dalam material dia. Dia cerita yang dia punya marriage failure, dia tak tau nak communicate dengan anak dia, benda jenis gitu. Dia embrace flaw dia. Banyak character yang dia cerita tu semua memang ada flaw and ahli keluarga dia sendiri, dan kawan-kawan dia. Memang dia kutuk dan dia akui semua tu. Dia tak peduli orang nak cakap apa. Berani… hahah

RIDHWAN

Baik, materialnya amat peribadi. Ada ke kaitan antara senibina dan stand-up comedy? dari segi struktur atau apa saja, atau ia berbeza terus?

GAZALI

Haa… yup. Peribadi. Hahahah

Senibina dengan stand-up comedy ek? Mungkin ada. Jujurnya aku pun tak tahu sejauh mana. Kalau macam aku, stand-up aku banyak based dari writing. And dalam writing lagi aku dah memang compose story tu, build up asas untuk story sebelum aku reveal sampai punchline. So nak kata totally takde, tak adil. Tetap ada influence tu cuma aku pun tak tau sejauh mana

RIDHWAN

Writing tu kira blueprint kepada performance? Dan tentang punchline ni, boleh ulas sedikit ia apa atau bagaimana?

GAZALI

Yup… writing tu akan di-translate kepada stage performance. Added body language, intonation, penyampaian.

Punchline: paling simple nak terangkan maybe abnormality. Pasal kita ada certain expectation apa akan berlaku dalam satu satu situation. Dan bila expectation tu tak kena atau terkena lebih, ada possibility dia jadi punchline. Pasal dia tak normal… tak sama macam apa orang expect akan jadi.

RIDHWAN

Adakah persediaan ini memerlukan displin atau anda ada metod tertentu dalam melakukannya? Selain itu komedi memerlukan seseorang untuk gelak iaitu penglibatan audien. Sejauh mana komitmen yang anda perlukan dari audien dalam satu-satu persembahan?

GAZALI

Persediaan untuk material maksudnya ya?

RIDHWAN

Persediaan dari segi tambahan elemen body language, intonation dan penyampaian. Adakah ia akan dicuba-cuba, atau dipraktis berkali-kalau atau sebagainya? Dibuat depan cermin misalnya…

GAZALI

Owh yang tu memang perlu kepada persediaan. Biasanya kalau aku sendiri, aku akan practice and try perform depan bini sendiri dulu. Dan aku akan study riak wajah dia biasanya. Kadang kala masa dari proses writing dia ada juga bantu untuk develop situation. Dan biasanya aku akan limit-kan 2 atau 3 kali perform depan dia. Pasal tiap kali buat, akan rasa nak ubah sikit sana sini. Dan last-last semua jadi tak siap. Jadi just latih sekali dua then move on. And biasanya akan rakam untuk tengok sendiri.

Audience pun sangat membantu. Kalau dapat audience yang agak pasif, kadang-kadang rasa macam nak habiskan material cepat aje. Tapi kalau penonton bagi feedback dan gelak, kita pun jadi lagi seronok. Ada juga kadang-kadang audience yg belum faham dengan stand-up comedy. Jadi menyampuk, took part dlm joke, loyar buruk. Kadang-kadang audience yang begini pula terdiri dari kawan-kawan comedian lain yang berasaskan sketch. Kadang susah juga nak control.

RIDHWAN

Jadi waktu performance live itu, ada improvisasi antara material jenaka yang akan dilakukan (tukar susunan)? atau sebelum naik stage sudah ada set list atau aturan jenaka yang mahu dipersembahkan dan terus kekal dengan itu?

GAZALI

Biasanya tak banyak improvisasi. Kadang kalau ada pun lebih pada spontanously. Biasa kalau aku dah memang ready satu atau dua set… and dah memang fix set mana nak guna. Aku, agak rigid susunan set pasal biasanya joke tu berkait. So kalau satu punchline tertinggal, maybe kat hujung ada yang akan jadi tak connected (yang ni aku belajar dari Babyrina)

RIDHWAN

Faham. Belajar dari Babyrina? Boleh ulas sikit?

GAZALI

Okeh… Masa aku baca Amerika aku dah suka cara writing kau. But masa aku baca Babyrina, something else appear. Aku perasan tak banyak wasted page dalam babyrina. Hampir semua benda kecil diguna untuk push story tu ke hadapan, digunakan semula kat bab terkemudian. Sangat puas hati bila small details yang tadi aku tak kisahkan sangat rupanya penting untuk bab kat depan nanti. So joke aku ada yang aku try buat begitu. Ada small punchline, dan ada big punchline. Small punchline tu kalau dapat dikaitkan kemudiannya dengan satu punchline lain di kemudiannya memang aku akan cuba buat.

RIDHWAN

Jadi punchline-punchline ini bercantum seakan membentuk satu naratif? Ia macam senibina di mana bentuk keseluruhan (atau performance penuh) sudah difikirkan. Macam album Kembara, lagu-lagu di dalamnya Senandung Buruh Kasar, Express Rakyat & Ragam Mat & Minat misalnya terkait secara tematik dan membantu antara satu sama lain. Jadi perjalanan mendengar album tersebut koheren.

GAZALI

Yup… sebab aku banyak based dari storytelling. Jadi biasanya akan jadi macam satu naratif. Ada juga yang guna one liner macam Nizam (lawak solo). Kalau jenis one liner begini maybe lagi mudah untuk deliver. Tapi susah nak hafal kerana antara satu joke dengan joke lain kadang-kala takde kaitan. Kalau jenis berkait susah masa writing kadang-kala, tapi bila nak deliver dan hafal lagi senang pasal dia jadi whats next, whats next.

Temanya mungkin sama untuk few sets yang dah ready. Dia jadi macam identiti.

RIDHWAN

Ia ada semacam konsekuensi. Jadi untuk soalan lebih kurang last: Apa pendapat tentang Malaysia umumnya? dan khususnya dalam lapangan stand-up comedy atau humor itu sendiri. Humor bagaimana yang rasanya paling cocok dengan Malaysia?

GAZALI

Pendapat tentang Malaysia, terlalu banyak yang pelik kot. Orang yang sepatutnya serius, yang pegang kuasa tends to joke around dan yang memilih these jokers plak tends to be serious. Sampai benda serius jadi macam joke, dan benda kedai kopi jadi macam serius.

Dalam stand-up comedy punya lapangan plak, jokes patut maybe lebih bebas dan tak dikawal. “Jangan cakap pasal kerajaan. Jangan cakap pasal IMDB. Jangan cakap pasal ketuanan Melayu” Kalau semua benda ni tak boleh nak dijadikan modal jokes, dan hanya boleh dibualkan secara serius, nak jadi apa kita ni? Jerman? After all, it’s all a joke…

Imbasan penuh: Binfilem

Naskah fizikal: RM7 HABIS