Kerja Tangan isu 4

IMG_6545.jpg

INTERVIU Jack Malik

oleh Ridhwan Saidi

Jack Malik seorang penyajak muda yang saya kira rama-rama sosial, cukup dikenali di arena baca sajak di sekitar kafe-kafe di Kuala Lumpur. Jika dulu di era 70an atau 80an dan malah juga 90an, penyajak lebih hampir dengan tiang lampu (Pyanhabib etsetera), hotel depan DBP (Sutung Umar etsetera), Hotel Abad (Dinsman etsetera) Padang Merbok (seperti dirakam Mat Som), hari ini bacaan sajak berlaku di kafe-kafe terutama yang bernuansa hipster. Lokasi dan pengisian sajak (ia kontemporari pada waktunya) berubah tetapi semangat bacaannya pada saya masih serupa. Jika dulu rata-rata bersifat mendeklamasi, kini ia lebih terus dengan spoken words. Saya tidak pernah baca sajak sendiri, maka boleh jadi semua ini cuma spekulasi.

Yang pasti Jack Malik makan laju. Ini disedari dan diakui Jack sendiri yang waktu itu kami sama-sama makan tengahari di Yaseem (buat kali pertama untuk saya). Jack yang mulanya tak makan berselera selepas tengok kami makan (yang sudah separuh nasi) lalu pergi beratur untuk dapatkan nasi kandarnya. Setibanya di meja, nasi Jack habis dulu.

Menurut Jack ada makanan yang enak dimakan laju, dan ada juga yang enak dimakan perlahan, seperti aiskrim misalnya. Jack turut menceritakan tentang bagaimana orang Jepun yang hirup mee dengan kuat secara tak langsung, bunyi hirupan itu adalah satu bentuk pujian terhadap chef. Dalam masa sama, hirupan yang kuat itu secara saintifik akan menyejukkan mee tersebut. Jack terpesona dengan seni hirupan mee tersebut yang menggabungkan sains dan seni. Berikut merupakan interviu saya dengan Jack Malik:

RIDHWAN

Okay, boleh tau macam mana boleh mula kenal puisi? Hubungan awal. Pengalaman waktu kecil/sekolah misalnya.

JACK

Hubungan saya dengan puisi adalah dari ibu saya, Puan Mek Asiah; beliau masa form 6 sekolah Tun Fatimah mengambil jurusan English Literature, malah masa di Universiti Malaya pernah menghadiri kuliah Salleh Ben Joned (apa yang ibu saya ceritakan).

Jadi sastera dalam hidup saya tidaklah begitu asing, dan kalau hubungan daripada self-explore, masa saya form 4 saya membaca komik Blues Untuk Aku dan puisi Aie telah menghidupkan minat saya yang kemudiannya ‘dormant’.

RIDHWAN

Waktu tu tinggal di mana? Dan waktu tu ada jumpa tulisan yang amat suka atau tak suka?

JACK

Waktu tu saya di Ipoh. Tulisan yang amat suka kalau waktu sekolah menengah tidak ada. Saya mula timbul rasa cinta mendalam pada puisi dan prosa waktu tahun 2012-2013.

Tulisan yg amat suka/tak suka mula pada tahun 2015 rasanya, sebelum tu saya hanya on the surface dan tak tahu menahu pun pasal literature di Malaysia.

RIDHWAN

Cinta mendalam tu bermula bagaimana?

JACK

Ah, cerita klise hahaha; 2013 saya putus cinta dengan 1st love, dan dalam mencari diri (mengubat hati) saya mula cari cara untuk cope dengan mild depression. Saya mula membaca Manikam Kalbu, Saga Lagenda Budak Setan yg sampai harini saya suka! (walaupun agak cheezy).

Puisi datang sedikit lambat tapi awal 2015 ia mula bercambah dan saya mula dahaga dan lapar untuk consume poetry.

RIDHWAN

Dan dalam proses konsumsi ni, rasanya dah jumpa ke bentuk puisi yang paling memikat hati? Puisi ada banyak bentuk, dan setakat ni saya perasan Jack into haiku dan free verse.

JACK

Oh bentuk yg memikat hati. Bagi saya, kalau line tu sedap (cantik, bagus, bermakna, catchy, deep, atau mencetus perasaan antara salah satu dari ini), ia tak boleh dinafikan memang sedap! Walaupun kalau kita tak suka atau benci pengkarya itu; if it’s good it’s good; dan perkara itu yang saya cari untuk kenyangkan lapar dahaga saya.

Dan form saya suka benar macam bang Ridhwan katakan; saya lebih dekat dengan free verse dan haiku.

Free verse mungkin sebab saya sukakan kebebasan tapi pada masa sama coherent dengan apa yang saya nak sampai/katakan dalam puisi saya.

Haiku pulak cantik sebab dalam 17 suku kata, seseorang penyair kalau mahir dalam teknik ni, akan memberi impak yang mendalam!

Bukan senang untuk menyusun ayat-ayat deep tetapi pada masa sama ringan dan humorous; tak salah nak deep atau nak bersahaja tapi kalau terlalu ringan/berat agak ‘potong’ sikit hahaha.

Tapi saya meraikan segala bentuk sajak puisi. Kalau klasik gurindam dan syair mungkin kurang kena dengan citarasa berbanding dengan pantun. Haiku dan pantun bagi saya saing-saing.

Kalau penyair tempatan; tahun 70an dan zaman sekarang adalah form & tema saya paling minat (bebaru ni saya ada petik beberapa nama penyair muda baru yang antaranya saya rasa bagus dan berpotensi).

Teknikaliti saya suka tetapi kalau boleh saya nak kurangkan berkiblatkan perkara itu dan ingin tumpu pada sesebuah sajak itu; bak kata Pak Agi, “sajak nak berenang, nak terbang.”

Jadi kalau puisi saya nak berenang, saya beri dia sirip; kalau ia nak terbang, saya kasi dia sayap.

A poem makes the poet, not the poet makes the poem” bak kata Jamal Raslan.

RIDHWAN

Sebagai penikmat kita layan semua, tapi sebagai pengkarya kita perlu cuba satu-satu sampai jumpa bentuk yang ngam. Boleh tau dua tiga penyair yang anda minat, lokal dan luar negara, dan rasanya kenapa anda tertarik?

JACK

Setuju! Dan maaf soalan tadi saya rasa saya tak jawab, hahaha maaf bercerita panjang lebar! Jawapan saya ada ya dan tidak kerana 1) Ya—saya lebih dekat dengan free verse dan ikut hari, saya suka incorporate teknik-teknik lain ke dalam tu contohnya sadurkan dengan haiku atau pantun atau couplet atau sonnet, depends on the mood of the poem. 2) tidak—well, manusia selalu berubah-ubah; mungkin hari ni saya suka free verse; esok saya bangun saya rasa bosan dengan free verse hahhaha.

Ah, kalau lokal saya ada pentagon:

T. Alias – kerana imej dia yang menarik.

Latiff Mohidin – kerana ekonomisnya beliau, sajak beliau begitu cantik kerana tak memerlukan kata-kata yang panjang.

Pak Agi – kerana ‘duende’ beliau dan semangat dan falsafah tri-v dan prinsip yang dia bawa membuatkan saya rasakan best menulis sajak!

Salleh Ben Joned – kerana gambaran dia sebagai ‘bad boy’ dalam arena sastera Malaysia; selain itu beliau punya puisi membakar semangat saya untuk cuba menjadi bilingual poet.

Pyanhabib – bang Pyan saya minat dengan membaca Balada Pyanhabib.

Tapi kalau cakap pasal minat, terlalu ramai! But list ni saya rasa sedikit sebanyak influence saya.

Kalau international:

Beat Generation – kerana puisi mereka best di atas kertas dan di atas pentas!

Attar – berbanding Rumi, saya lebih suka Attar.

Rumi – beliau sedikit sebanyak membantu saya masa saya melalui fasa depressi.

Neruda – cara beliau membawa lokaliti; mengajar dan membuat saya ingin terapkan lokaliti dalam sajak saya.

Dan beberapa yang lain saya ingat-ingat lupa.

RIDHWAN

Nak berenang dan terbang masih perlu asas teknik. Dan free verse sendiri ada macam-macam bentuk (E. E. Cummings dengan Ginsberg contohnya superbeza).

JACK

Faham-faham. Yea kadangkala saya tahu consume tapi hadam tak berapa; maksudnya perlukan masa untuk faham lenggok masing-masing.

Contoh: Ginsberg dan Gregory Corso berbeza tapi sekali pandang ada persamaan.

RIDHWAN

Mana lebih seronok, baca sajak atas pentas atau atas kertas?

JACK

Dua-dua best! Haha. Tapi atas pentas lebih terbuka, kita lebih vulnerable, untuk betul-betul deliver sajak tu; kalau tak dapat deliver akan lead to kekecewaan dan kepenatan.

Atas kertas lebih intimate; di mana kita hayati sama ada secara personal atau berkongsi. Saya suka berkongsi puisi-puisi best dengan kawan-kawan, keluarga, kekasih dan orang ramai.

RIDHWAN

Okay! Itu kira soalan terakhir. Ada apa-apa nak tambah?

JACK

Urmmm mungkin nak tambah yang saya ni penulis sajak muda; yang masih jauh perjalanan dan saya nak betul-betul enjoy perjalanan saya dalam penyajakan ni. Cause puisi ni macam good things in life; it’s only half the fun kalau tak share dengan orang lain.

Imbasan penuh: Binfilem

Naskah fizikal: RM7 HABIS