Kerja Tangan isu 1

IMG_6542.jpg

INTERVIU Nabila Najwa

oleh Ridhwan Saidi

Semasa aktif berblog beberapa tahun dulu di binfilem.blogspot.com, saya sedari ada satu blog yang mengikuti penulisan kami (saya, Dewa dan Jimi) dari Indonesia dan rata-rata pautan itu datang dari theshrinkalternative.blogspot.com. Lama selepas itu, dalam 3-4 tahun, baru saya ketahui bahawa Nabila Najwa atau nama penanya Nanawrote merupakan pengendali blog tersebut semasa belajar di Indonesia. Dari situ kami ada sama-sama menulis di dalam antologi cerpen KOPI terbitan FIXI di mana cerpennya berjudul Cethu. Satu baris ayat yang saya amat ingat berbunyi:

“Kau adalah wanita dengan seribu keindahan.”

Berikut merupakan transkripsi whatsapp kami yang berlaku pada malam Isnin, 15 Ogos 2016:

RIDHWAN

Macam mana mula menulis? Ada memori awal tentang proses menulis, waktu kecil masa sekolah misalnya?

NANA

Mula dengan menconteng-conteng kertas dengan perkataan-perkataan dan frasa Bahasa Melayu yang macam cool waktu itu (tadika) macam yuran, terima kasih, ustazah. Sebab baru balik dari Amerika dan masih janggal. Kemudian conteng-contengan tersebut saya bagi ke ustazah dengan penuh rasa bangga. Kemudian mula menulis secara terstruktur waktu sekolah rendah dan dapat cikgu seni slash bahasa Inggeris yang bersemangat. Waktu itu proses menulis seiring dengan proses melukis. Buat puisi pendek dengan lukisan pensel warna. Ingat tak buku tulis yang separuhnya blank, separuh lagi ada garis merah dan biru?

RIDHWAN

Ya.

NANA

Jadi bahagian blank tu lukis gambar, bahagian bawah bergaris tu buat cerita atau puisi. Konon-konon cursive.

RIDHWAN

Waktu di Amerika sudah terdedah dengan BM?

NANA

Tak ingat, tapi mungkin tidak. Tapi kata mak dulu saya fasih bahasa Arab, sebab duduk di rumah keluarga berbangsa Arab waktu mak dan ayah pergi kuliah.

RIDHWAN

Hari tu—kami trade zine puisi, saya berinya Spektrum dan Nana beri saya Scarves—ada sebut bahasa Melayu lebih lembut berbanding bahasa Inggeris, kenapa agaknya? Adakah kerana bunyinya? (Bahasa Melayu tak cukup marah).

NANA

Lebih lembut mungkin bukan dari tone, tapi sebab bila pakai bahasa Melayu, panjang lebar kita cakap sebelum sampai point yang boleh diucapkan dalam bahasa Inggeris yang mungkin tak sampai dua saat. Jadi macam sungai, bila banyak belok, arus jadi kurang deras agaknya (tiga emotikon kucing ketawa di sini). Tapi tone pun lembut juga. Perkataan-perkataan kita macam ada bumper. Contohnya Babi. Sedap je bergulung di bibir. Perkataan-perkataan Melayu banyak yang main di bibir, bila difikirkan.

RIDHWAN

Faham dan baru perasan. Bagaimana dengan bahasa Indonesia (fasih kan)? Adakah ia masih di bibir?

NANA

Bahasa Indonesia kalau Jakarta, keras. Kalau di Jawa, lembuuuuutttt. Lebih main di tekak, hidung dan perut.

RIDHWAN

Ada tak bahasa-bahasa lain yang sudah diteroka?

NANA

Tak fasih tapi suka konon-konon baca kuat-kuat: Bahasa Jawa, Jepun, Perancis, Arab, Korea, Sepanyol. Saya juga suka belajar macam-macam dialek di Malaysia contohnya Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Tapi kalau cuba bercakap dengan dialek mereka, saya banyak kali kena marah sebab kata orang-orang yang fasih dialek tersebut saya ni buat rosak bahasa mereka je (tiga emotikon kucing ketawa di sini).

RIDHWAN

Bila cakap bahasa Melayu banyak bermain di bibir teringat peribahasa ‘bertanam tebu di bibir.’ Ada puisi yang gemar dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Indonesia? Atau penyair?

NANA

That’s really hard to answer, to be honest. Ramai penyair yang saya suka, tak semestinya sebab karya. Tapi sebab hustle. Like you, Melizarani, Elaine Foster, Ayu Meutia, Wani Ardy, Fazleena, etc. Suka juga karya semuanya, tapi lebih tertarik ke personaliti. Kalau nak sedikit lebih pretentious, macam Sylvia Plath, Maya Angelou. Nayyirah Waheed dengan antologi Salt.

RIDHWAN

Adakah dengan hustle kita dapat emosi yang lebih raw?

NANA

Mungkin juga.

RIDHWAN

Baik, boleh kongsi sikit proses tentang cerpen Cethu? Waktu mula-mula baca saya rasa ia bahasa Indonesia sebab kelancarannya. Ia ada semacam feel seksi yang dinyatakan di atas.

NANA

Proses Cethu: baru balik dari beberapa tahun di Indonesia, baru curang dengan orang Malaysia padahal ada kekasih 3 tahun di Indonesia, nampak iklan tawaran RM100 untuk cerpen, tulis tulis tulis tulis dalam waktu satu hingga dua jam, hantar.

RIDHWAN

Baik. Saya ada hantar borang geran di mana ada soalan yang buat saya terkial sikit nak jawab. Jadi ini soalannya: sebagai penulis apa falsafah atau pandangan hidup Nana?

NANA

Falsafah atau pandangan hidup? Aaaaaaahhhh… Agak emo zaman MySpace jawapannya, sebab sekarang sebenarnya dalam kondisi mental yang kurang baik. (tiga emotikon kucing ketawa di sini). But keep on hustling, keep on moving. Gitu.

RIDHWAN

Apa pendapat Nana tentang kehidupan di Malaysia?

NANA

Kehidupan di Malaysia ni mudah mudah susah. Macam ada ilusi privilege, tapi sebenarnya hanya beban.

RIDHWAN

Ah! baik. Bahasa berubah, dalam seratus ke seribu tahun rasanya Nana nak bahasa Melayu jadi macam mana?

NANA

Saya sebenarnya tertarik dengan evolusi bahasa remaja. Kalau dulu, kita dah cukup cool dengan perkataan-perkataan macam kerek, sangap, bohsia etc. Sekarang ada evolusi ejaan. Can’t wait to see what’s next. Saya nak bahasa Melayu yang macam ni, tak mati dan sentiasa berubah. Saya nak lebih banyak perkataan dan frasa baru diperkenalkan. Semoga datang dari para remaja.

Imbasan penuh: Binfilem

Naskah fizikal: RM7 HABIS