Drama Kilat

drama kilat COVER

A complete recording of the Drama Kilat series, created during the early days of the Movement Control Order (MCO) from late March to early April 2020. Although everyone was physically apart, the medium of voice opened a fictional realm where characters seemed to live within the same audio dimension. Each reader submitted their recordings without specific direction. The only instruction was to capture five seconds of silence before and after speaking to ease the noise reduction process. The files received varied—some were mono, some stereo. / Rakaman penuh siri Drama Kilat yang digarap segar sewaktu awal terjadinya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada akhir Mac 2020 hingga awal April 2020. Proses ini berlaku di mana meskipun secara fizikal masing-masing terasing, tetapi dengan medium suara, ia seolah beri kita suatu alam fiksyen di mana seolah karakter-karater ini hidup di dalam dimensi audio yang sama. Setiap pembaca akan menghantar rakaman suara mereka tanpa arahan spesifik. Satu-satunya arahan adalah untuk rakam 5 saat sebelum dan selepas bercakap, bagi memudahkan proses noise reduction. Setiap file yang diterima beraneka ragam: ada yang mono, ada yang stereo.

Previously, sound design was made for live performances, but Drama Kilat worked the other way around: sound was crafted for each voice received. The results were diverse. Most leaned towards ambient, shaping the imagination of space; others were melodic, evoking emotion; some were structured with bass and drums to create suspense; and some used foley, giving a cinematic feel. / Jika sebelum ini bunyi yang direka digunakan bagi persembahan langsung, Drama Kilat merupakan kerja berlawanan di mana bunyi direka bagi setiap suara yang diterima. Maka dengan itu setiap rekaan bunyi juga hadir dalam pelbagai ragam. Rata-rata bunyinya ambien dalam memberikan gambaran imaginasi tentang ruang, tetapi ada juga yang bermelodi dalam memberi perasaan, manakala ada bahagian yang berstruktur dengan rentak bass dan drum untuk beri getar debaran, dan ada yang berupa rekaan foley seakan ia sebuah pengalaman sinematik.

Each episode runs under one minute. Episodes 1–10 were direct invitations from Kaos Nol, episodes 11–12 were open calls, and episode 13 served as the epilogue. The narratives were free yet anchored in the moods of the lockdown—longing, intimacy, hygiene, and the yearning for togetherness. Some played with plot, others with sound and words, and some with landscapes of imagination. / Setiap episod berdurasi kurang dari 1 minit. Episod 1-10 merupakan ajakan langsung Kaos Nol, manakala bagi episod 11-12 ia berupa panggilan terbuka. Episod 13 menjadi epilog. Naratifnya bebas tetapi masih berlegar dengan perasaan di sewaktu PKP itu antaranya kerinduan, perihal hubungan, kebersihan diri dan keinginan untuk bersama. Ada yang bermain dengan plot, ada yang bermain dengan bunyi dan kata-kata, dan ada yang bermain dengan lanskap imaginasi.

All texts were written by Ridhwan Saidi, interspersed with traditional pantun. Sound mixing and design were by Joni Atari, mostly using synthesizers and online field recordings. Cover artwork by Ilham Sani. / Semua naskhah ditulis oleh Ridhwan Saidi, dengan selingan pantun tradisional di antaranya. Mixing dan rekaan bunyi oleh Joni Atari, rata-rata dengan mesin sintesis dan field recording atas talian. Artwork kulit oleh Ilham Sani.

KORIDOR KOSONG dibaca oleh Nurul Aizam & Ridhwan Saidi
SANS VIDEO dibaca oleh Sadiq M. Jamil & Lew Shu Ni
PENTAS GELAP dibaca oleh Ani Aziz
TANGAN SUCI dibaca oleh Nyna Roslan & Rashid Akhmal
CINTA RADIO dibaca oleh Roshafiq Roslee & Mira Romanli
MENYENTUHMU dibaca oleh Mia Sabrina Mahadir & Ani Aziz
DIA TIADA dibaca oleh Irfan Aziz
EMOSI ELEKTRONIK dibaca oleh Hannan Barakbah
LANDASAN CAHAYA dibaca oleh Adena Sams
ALAM ROH dibaca oleh Hazel Khairuddin & Sandee Chew
TERASING dibaca oleh Fara Kafli & Syahzrin Zainurin
KUPON SARAPAN dibaca oleh Syaza Ramli & Fara Kafli
PASCA KATA dibaca oleh Theyvapaalan S Jayaratnam & Nurul Aizam

Texts: Ridhwan Saidi
Mixing and sound design: Joni Atari
Digital artwork: Ilham Sani