- Buku bacaan 2016 paling sedap?
- Teater/seni performans/bacaan puisi yang ditonton 2016?
- Album muzik yang kerap didengar 2016?
- Berapa kali putus cinta pada 2016?
- Sarapan paling ingat yang dimakan 2016?
- Malam 2016 yang tak dilupakan?
- Subuh 2016 yang tak dilupakan?
Saat Omar
- Tak banyak buku terbitan 2016 yang dibaca/dibeli. Hanya pengulangan bacaan tahun tahun yang lepas-Infinite Jest (1996) by you know who boleh dibaca berulang kali, tak pernah habis kerana setiap kali menyentuhnya terasa keinginan untuk bermula dari mukasurat pertama semula. Dave Eggers The Circle (2013) mungkin satu-satunya buku yang dibaca habis tahun 2016.
- a) Menora di Publika by Kumpulan Cik Manis Bukit Yong. Kalau aku raja, aku nak hire pemain Menora ni untuk perform setiap minggu untuk aku seorang je. b) Teater Eskape arahan Qayyum Qistina. c) Bacaan puisi Latiff Mohidin di KLLF—momen bila Latiff tak berhenti baca puisi sewaktu azan Asar dilaungkan adalah legend yang akan menjadi mitos 20 tahun kemudian. Aku beruntung berada di sana untuk melihat event ini.
- About Schmidt soundtrack. 2016 tahun aku discover Spotify, jadi aku hanya dengar semua lagu dan akhirnya aku tak tahu apa yang aku dengar.
- Sekali.
- Sarapan nasi lemak Abang Lembut (Emak saya panggil nasi lemak Abang Lembut kerana yang menjualnya lelaki-lelaki lembut). Nasi lemaknya murah, hanya seringgit satu. Tapi dia bukak gerai ikut suka hati dia bila dia nak bukak. Atau apa sahaja sarapan yang emak buatkan.
- Malam selepas menonton Himala (1982) di wayang Budiman.
- Setiap Subuh Ahad.
Syahmi Fadzil
- A Tale For The Time Being (2013), Ruth Ozeki. Nuansa spiritual dalam cerita ni sedap.
- Paling ingat, Poetry Slam di UM. Ada sesi spoken words dan si mangsa keluar untuk persembahkan kemangsaannya. Aneh sebab dalam nada estetika, kata-katanya diraikan (dapat banyak petikan jari dari audiens) tapi untuk saya waktu itu, entahlah. Sengsara sebaiknya dihidang mentah kot.
- Album Carrie & Lowell (2015) oleh Sufjan Stevens. Mungkin. Sebab selalunya cenderung teroka playlist awam dan picit butang rambang.
- Sifar.
- Roti telur dan teh tarik di warung tepi jalan kawasan Kodiang sewaktu ziarah rakan.
- Malam-malam bulan November. Waktu lewat sentiasa rasa lain macam untuk tempoh tersebut.
- Tiada.
Ridhwan Saidi
- Detik-Detik Cemas (1969) oleh A. Samad Ismail.
- Lim Paik Yin makan Wawasan 2020 di LRT Pasar Seni waktu LiteraTur.
- My Dream Dictates My Reality (2015), Soko. Diskografi Sonic Youth, terutama Washing Machine (1995) antaranya.
- Setiap kali sebelum tidur?
- Roti bakar kaya dengan kopi O bikinan sendiri waktu rehat dari melukis dengan cat minyak di porch.
- Setiap malam Wayang@Budiman.
- Subuh Ramadan pasca sahur.